Alhamdulillah, selesai sudah pembentangan cadangan awal kolaborasi antara SW Aliff Resources dan Kolej Komuniti Rembau bagi pembangunan hartanah untuk projek agrotourism dan pertanian di Ulu Bendul, Kuala Pilah; Pasir Panjang, Port Dickson; serta Sawah Liat, Kuala Pilah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengarah Bahagian Akademik, Puan Merhayati binti Sipon; Timbalan Pengarah Bahagian Akademik, Tuan Mahadi Sudin; serta seluruh barisan pensyarah Agroteknologi atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.
